
PETALING
JAYA – Pelakon baharu Fara Mendoza menganggap ada pihak cuba melakukan khianat
terhadapnya dengan menyebarkan foto menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium
dengan penyanyi baharu dikenali Zwenstar.
Fara,
25, memberitahu tidak melakukan perbuatan kurang sopan itu dan foto berkenaan
dirakamkan ketika dia dan Zwenstar sedang melakonkan adegan sebagai pasangan
bercinta untuk klip video penyanyi itu berjudul Ku Tahu.
“Saya
terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan
perkara tidak senonoh sedemikian.
“Apatah
lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di
Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran
sedang berlangsung.
“Nampaknya
memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan
orang ramai? Itu mengarut,” katanya
Fara
sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila fotonya yang dilihat sedang
bercium dengan seorang lelaki menjadi viral di internet.
Perkara
itu membuatkan ramai netizen mengkritik kelakuan itu dan menyifatkan Fara
seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang timbul berkaitan dengan
dirinya.
Sementara
itu, Fara berkata, dia tidak akan duduk diam dan akan menyiasat siapa dalang
yang mengeluarkan foto berkenaan bagi tujuan tidak baik.
“Bagi
saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut
kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.
“Saya
akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya
jatuh,” tegasnya.
Tambah
Fara, dia mengakui pernah menangis kerana sering menjadi bahan kontroversi dan
kemudian dikecam orang ramai. Namun, dia reda dan menyifatkan setiap perkara
yang berlaku mungkin ada hikmahnya.
“Saya
menangis. Ada sahaja yang cuba mengaitkan saya dalam perkara yang saya tidak
buat. Malah ada yang kata lebih saya mati. Biarlah, Alllah lebih tahu,”
tuturnya.
Terdahulu
Fara pernah menjadi bualan selepas dia mendedahkan diganggu aktor Fizz Fairuz
menerusi mesej di laman sosial aplikasi WeChat, lapor mStar
Online.
0 Response to "RESPON FARA MENDOZA ISU BERCUMBU YANG KINI JADI VIRAL"
Post a Comment