LONDON —
Kira-kira 57 orang penggemar permainan lasak sanggup melakukan aksi nekad dengan
bertelanjang bulat sambil ceria menaiki jentera roller coaster untuk
menyumbang kepada sebuah projek dana amal tempatan.
Kesanggupan mereka itu
menyebabkan ramai pengunjung menyampaikan derma 10,000 pound (RM65,345)
untuk disumbangkan kepada Yayasan Amal Hospital Southend dekat sini yang
mengurus ramai pesakit kanser.
Aksi sama pernah dilakukan
pada 2010 lalu apabila seramai 102 orang tanpa selembar benang pakaian pun
beraksi menaiki permainan Green Scream di taman tema Adventure Island
di Southend juga untuk projek dana kebajikan.
Kumpulan dengan aksi unik ini
sebenarnya sudah mengelilingi beberapa bandar di England dan Scotland untuk
mengumpul derma bagi pelbagai projek amal tempatan antaranya di Edinburgh,
Newcastle dan Swindon.
Menurut media di Britain,
mereka sedia melakukan pelbagai aksi lasak dan sensasi termasuk dengan cara
berbogel habis bagi menarik minat masyarakat menderma sambil ‘mencuci’ mata
melihat kemontokan tubuh peserta itu.
“Ini sungguh hari
hebat dengan ramai orang dapat menikmati peluang berbuat sesuatu berkesan,
menyenangkan, dan menghasilkan wang dalam jumlah banyak,” kata Pengarah
Operasi Adventure Island, Andrew Renton.
Penganjur bagaimanapun gagal
memecah rekod dunia Guinness yang dicatatkan pada 2010 kerana penyertaan kali
ini kurang hampir separuh selain tidak mencapai sasaran derma sebanyak 20,000
pound (kira-kira RM130,750).
Taman tema keluarga yang
dibuka secara percuma serta diasaskan pada 1976 itu mengandungi pelbagai tarikan
popular termasuk lima jenis roller coaster, 32 jenis permainan sukaneka
berbeza dan sebuah taman rekreasi air.
“Kami dengar pelbagai
kisah yang mengagumkan baik secara langsung mahupun tidak langsung daripada
begitu ramai pesakit yang pernah hidap barah dan mereka ingin ‘membalasnya’
semula,” ujar beliau lagi.
Renton menyatakan perasaan
bangga terhadap Adventure Island yang berbuat sesuatu demi membantu mereka yang
memerlukan. Dia juga terharu apabila banyak aksi mereka masih dicatatkan dalam
rekod dunia Guinness.
Lucy Thomas Clayton dari
Yayasan Amal Hospital Southend turut berasa kagum atas keberanian dan
pengorbanan pencari kebajikan tersebut yang sukarela bertelanjang di depan
khalayak ramai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



0 Response to "(VIDEO) Berbogel Naik Roller Coaster Demi Pesakit Kanser"
Post a Comment