
Penyanyi
dan penerbit terkenal Indonesia, Ahmad Dhani menafikan adanya unsur sabotaj
disebalik insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah pusat karaoke
miliknya.
Pada 15 Oktober lalu, Pusat Karaoke Masterpiece milik vokalis
kumpulan Dewa 19 itu terbakar di bahagian dapur dan kira-kira 22 unit kenderaan
pemadam kebakaran dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan
api.
Kejadian malang tersebut telah berlaku di salah sebuah cawangan
pusat karaokenya yang terletak di tingkat 14, pusat membeli-belah Gedung
Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat.
“Saya tidak fikir perkara ini
ada kaitan dengan unsur sabotaj. Kebakaran tersebut berpunca dari salah satu
dapur gas yang meletup. Mungkin tabungnya bocor atau mungkin ketika itu, ada
yang merokok,” kata Dhani kepada Bintang.com.
Tidak mahu menuding
jari ke mana-mana pihak, Dhani mengambil pendekatan untuk berfikiran positif dan
menganggap kecelakaan yang telah terjadi adalah disebabkan kecuaian
sendiri.
“Tidak elok jika saya tuduh mana-mana pihak atau menganggap ada
unsur sabotaj disebalik kejadian itu. Insiden kebakaran yang terjadi hanya
kerana kelalaian saya sahaja,” kata Dhani lagi
0 Response to "BAHAYA!! PUSAT KARAOKE PEMILIK PENYANYI TERKENAL TERBAKAR KERANA SABOTAJ ?"
Post a Comment