
KUALA LUMPUR - Pengerusi Pusat Pungutan
Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali
menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang tidak mahu membayar zakat melalui
pusat zakat yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah dianggap
berdosa.
Bagi menyokong kenyataannya itu, beliau turut membacakan ayat
Al-Quran yang menyeru umat Islam agar taat kepada Allah, Rasul dan
pemerintah.
"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut, kena
bayar kepada pemerintah. Tetapi ada pihak yang tidak membayar kepada pusat
zakat, hukumnya sah tetapi berdosa.
"Sebab ini kerajaan. Kalau dibayar
secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ
sedangkan jika melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang
benar-benar orang yang layak atau tidak," katanya dalam sidang media selepas
selesai Majlis Penyerahan Zakat Koperasi 2015 di ibu negara.
"Agihan ini
kena adil. Kita tidak mahu orang buat aduan. Mungkin tidak adil untuk dia
mendapat sumbangan dari orang lain. Kita mencari pahal dan berkat tetapi kalau
buat begitu, nanti orang lain akan kecewa," katanya.
0 Response to "'BERDOSA TAK BAYAR ZAKAT MELALUI KERAJAAN' - PPZ"
Post a Comment