
JOHOR BAHRU: Seorang
kanak-kanak lelaki berumur 15 bulan maut selepas dia dan ibu saudaranya terbabit
dalam satu kemalangan semasa melintas jalan berhampiran PPR Sri Stulang di Jalan
Bakar Batu-Permas di sini, pagi tadi.
Memetik laporan Harian
Metro, semasa
kejadian kira-kira jam 10 pagi, Mohammad Qayyum Mohd Saffari dipercayai didukung
oleh makciknya, Suhaila Shaharudin, 41, yang merupakan seorang Orang Kurang
Upaya Lembam telah melintas jalan sebelum dilanggar lori seberat tiga
tan
Kerana rempuhan berkenaan,
mangsa tercampak jatuh dan maut dilokasi kejadian kerana cedera parah di kepala
manakala Suhaila yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Seorang ahli keluarga mangsa
ketika ditemui di Unit Forensik HSA di sini, memberitahu mangsa adalah anak
bongsu daripada empat beradik. Jenazah dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan
Islam Jalan Kebun Teh di sini. - Sumber Siakapkeli.my



0 Response to "(Gambar) Tragedi Lintas Jalan, Bayi 15 Bulan Didukung Ibu Saudara Maut Selepas Dirempuh Lori 3 Tan"
Post a Comment