
Selepas berhempas pulas, tak
tidur malam semata-mata nak study untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), akhirnya keputusan penuh keluar semalam. Ada yang dapat keputusan
cemerlang, ada yang ‘boleh la’ dan ada yang ‘ada laa..’ punya keputusan.
Faham-faham sendiri lah ye? Huhu
Tapi dalam banyak-banyak kisah
pelajar yang dapat 5A dalam UPSR, kisah ini yang paling menyentuh hati kami.
Ibunya hanya tukang sapu sampah di sekolah anaknya belajar, tapi anaknya itu
berjaya membuatkan si ibu jadi orang yang paling gembira di dunia.
Anak buat ‘surprise’
Ibu (Rahmah Mohd Arif) sedang
bekerja membersihkan sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek
Gelugor dan lebih menyentuh hati sekali apabila anaknya, Nurin Fatini Mohd
Shukri datang dan memberitahu keputusan cemerlang yang
diperolehinya.
Nurin Fatini bukan pelajar ‘favorite’
Lebih manis lagi apabila Nurin
Fatini bukan lah pelajar yang dijangka akan mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR kerana Nurin hanya mendapat 1A sahaja dalam peperiksaan sebelum
ini.
Ibu risau
Menurut ibunya, beberapa hari
sebelum keputusan diumumkan, hatinya berasa risau dan gusar kerana mengenangkan
keputusan yang akan diperoleh oleh anak keduanya itu. Ini kerana Rahmah taknak
melihata Nurin berasa sedih dan kecewa.
Pada hari keputusan
dikeluarkan juga Rahmah tak sanggup untuk mengambil tahu tentang keputusan
anaknya sehingga lah suaminya, Mohd Shukri Husain memaklumkan berita yang
membanggakan hati Rahmah itu.
Pencapaian Nurin Fatini semakin baik selepas dia mengikuti kelas tuisyen di sekolah setiap hari termasuk memperoleh keputusan 4A dalam ujian percubaan UPSR sebelum ini
Sumber: Utusan
Online VIA OHBULAN!
0 Response to "Ibu Tukang Sapu Di Sekolah Yang Sama, Anak Bagi ‘Hadiah’ Paling Bermakna Dalam Hidupnya"
Post a Comment