
IMEJ dan lagak gayanya yang penuh Islamik dan kononnya merupakan mantan Imam Masjid Alice Spring di Australia pasti telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan ‘ustaz kasanova’ ini.
Mohd. Razis Ismail kini diburu oleh Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita
menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran
mahkamah.
Menurut Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya yang dipetik
agensi Bernama, berkata waran tangkap telah pun dikeluarkan ke atas
Mohd. Razis oleh pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber
lalu.
Ia berikutkan beliau atau nama baharunya iaitu
Arrozi Abd. Rahman bagi tujuan penyamaran; didapati gagal untuk hadir ke
mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan
itu.

Paimuzi menunjukkan gambar Mohd Razis Ismail, 33,
atau dikenali sebagai ‘Ustaz Kasanova’
“Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa
prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum
syarak.
“Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini
adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku
penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,”
katanya.
Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa
dengan penampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa
dan keluarga akan percaya padanya.
“Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan
gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya.
Menurut beliau lagi, kebanyakan mangsa lelaki ini
adalah pelajar institusi pengajian tinggi yang kebanyakan terpedaya dengan
perwatakannya.
Manakala kebanyakan mangsanya adalah wanita yang
mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai
pendapatan tinggi.

Poster wajah suspek (Ustaz Kasanova) yang merupakan
penceramah jemputan.
Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek
telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah
Syariah di sini pada 8 September lalu selepas mengaku bersalah melakukan
persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang
anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.
Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada
tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.
Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima
orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada pihak Jawi untuk membantu
siasatan.
Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida
Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI
1-800-88-1771. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "13 WANITA JADI MANGSA, 'USTAZ KASANOVA' DIBURU JAWI!"
Post a Comment