Manchester United mungkin terpaksa
melupakan khidmat penyerang mudanya, Anthony Martial untuk sementara
waktu apabila pemain itu mengalami kecederaan.

United yang akan menentang Watford pada Sabtu
ini mungkin kehilangan Martial selepas pemain itu kelihatan bertongkat dengan
kaki kirinya berbalut akibat kecederaan ketika membantu Perancis menentang
England pada Selasa.
Dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 2-0, Martial terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 apabila penyerang Perancis itu mengalami kecederaan.
"Dia berada dalam kesakitan ketika ketika dikeluarkan. Tahap kecederaan pemain berusia 19 tahun itu belum diketahui setakat ini," jelas ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
Martial menjaringkan lima gol untuk United pada musim ini selepas dibeli dengan nilai £36 juta dari Monaco.

-mstar
0 Response to "Man United Kehilangan Anthony Martial"
Post a Comment