
4. Marion Caunter
dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di antara
personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan
Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan salah satu majilis
perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena hibuaran
tempatan.
#Majlis perkahwinan
yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh
bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi
dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bintang pop tempatan
Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell
Curtis.
#Jumlah tetamu yang
telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010 tidak
diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos
makan setiap individu.
#Menurut satu majalah
pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5
juta.
3. Siti Nurhaliza
dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu majlis
perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia
adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad
Jiwa (Datuk K).
#Beberapa sumber
menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006
tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek
berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga
dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran
RM30,000.
#Pasangan ini
kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan
barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
#Walau bagaimanapun,
mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk
menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan
kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.
#Pada tahun 2010, E!
News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Yang Paling
Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan
pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek
Bachchan.
2. Benjamin Yong
dan Elizabeth Lee
#Pengasas BIG Group,
Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan
penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun
2014.
#Perkahwinan mereka
yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya
berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk hiasan tengah karusel
berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari aerial trapez, penari balet,
perenang serentak, serta pelbagai jenis kek perkahwinan yang
berwarna-warni.
#Menurut salah satu
pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin
telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan
sahaja.
#Walaupun ia agak
sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan
bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut telah membelanjakan
sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000 untuk lampu
hiasan.
#Kos untuk fotografi
mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka
yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu,
pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di
Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala
Lumpur.
1. Rozita Che Wan
dan Zain Saidin
#Dengan penajaan yang
bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau,
Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah
di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk
barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain
daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu,
Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas
kahwin.
#Perkahwinan mereka
berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh
200 orang tetamu.
0 Response to "JANGAN TERKEJUT!! 4 PERKAHWINAN TERMAHAL & TERMEWAH DI MALAYSIA. NOMBOR 1 TU MEMANG GEMPAK!! SANGAT MEWAH!!"
Post a Comment