
Lai, seorang lelaki dari
Taiwan baru saja kehilangan kekasihnya. Ingin menunjukkan komitmen sebagai
seorang kekasih, lelaki ini pun memutuskan untuk berkahwin dengannya, walaupun
wanita itu telah dibakar dan menjadi abu.
Perkahwinan itu pun
dilaksanakan di perkampungan Hsinchu, Taiwan dan dihadiri oleh keluarga dan juga
saudara maranya. Perkahwinan seperti ini bukanlah satu berita baru di beberapa
wilayah Asia. Namun demikian, berkahwin dengan pasu abu yang memakai gaun
pengantin mungkin menjadi sebuah perkara yang baru.

Video dokumentasi
perkahwinan tersebut merebak cepat secara online dan membuat heboh netter. Dalam
video tersebut, kelihatan Lai mengenakan sut berwarna putih dan sebuah kaca mata
hitam.
Dia kelihatan memegang erat sebuah tempat abu berwarna emas dan
hitam yang mengenakan gaun pengantin di bahagian bawahnya. Dia kemudian
mengenakan sebuah sarung tangan putih ketika cincin disematkan di jari
manisnya.
Terlihat jelas dalam video tersebut orang-orang yang hadir
mengusap air mata mereka selama proses perkahwinan. Video ini pun berakhir
ketika Lai dan "pengantin" nya masuk ke dalam kereta dan kemudian
pergi.
0 Response to "Kerana Terlalu Cinta, Lelaki Taiwan Rela Berkahwin Dengan Abu Mayat Kekasihnya"
Post a Comment