
Kemaman: Empat lelaki nyaris maut dalam
kemalangan membabitkan tiga lori selepas tayar satu daripada kenderaan berat itu
tercabut dalam kejadian di Kilometer 273.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2)
dekat Cheneh, Kemaman, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi
itu, pemandu sebuah lori muatan papan memberhentikan kenderaan di sebelah kiri
jalan selepas tayar belakang kenderaan dipandunya tercabut.
Melihat
keadaan itu, pemandu sebuah lagi lori membawa muatan serupa di laluan sebelah
kanan mengambil tindakan mengejut dengan masuk ke laluan kiri sekali gus
menyebabkan pemandu lori tangki di belakangnya gagal membrek lalu merempuh
kedua-dua lori terbabit.
Akibat rempuhan itu, satu daripada lori
berkenaan terbalik menyebabkan papan dibawa berselerekan di atas jalan manakala
kepala lori tangki remuk teruk.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan
Mohd Said Ibrahim berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori tangki, Damauhuri
Dawani, 46, dari Kampung Gebuk Mantin, Negeri Sembilan, patah kaki kanan
manakala pemandu dan kelindan dua lagi lori cedera.
"Semua kenderaan itu
dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan,"
0 Response to "LEBUHRAYA PALING NGERI!! LAGI KEMALANGAN MELIBATKAN 3 LORI MUATAN BERAT DI LPT2"
Post a Comment