
Jika dulu pengacara dan
personaliti televisyen, Nadia Annuar pernah dikaitkan dengan Sammy Simorangkir,
kini dia menjelaskan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan
November ini bersama pilihan hati yang juga merupakan seorang jutawan muda dalam
perniagaan jualan langsung.
“Saya tidak mahu dedah
dahulu bila tarikh majlis itu, cuma pertengahan November kalau tiada aral, kami
akan dinikahkan. Bakal suami saya bernama Hafiz, dan kalau ikutkan kami sudah
bertunang beberapa bulan lalu”
“Sebelum ini saya pernah
bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz,
kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu
lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya
kepada Utusan Online.
Tahniah diucapkan kepada
Nadia kerana bakal membina sebuah keluarga tidak lama lagi. Selain itu, Nadia
juga dilihat mula berkongsikan gambar bersama bakal suaminya itu dan peminat
juga tidak sabar menantikan hari bahagia mereka. (SUMBER
ROTIKAYA)



0 Response to "Nadia Annuar Bakal Nikah, Calon Suami Ialah Jutawan MLM"
Post a Comment