PEMBUNUHAN SADIS, BIADAP!!! ANAK PUKUL MAK SAMPAI MATI, PUTUS TELINGA



GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU: Seorang warga emas mati selepas dipukul anak sendiri di kediaman mereka di Kampung Hujung Repek, Bachok dekat sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Suspek berusia 32 tahun yang juga seorang pesakit mental disyaki memukul mangsa bertalu-talu menggunakan kayu dan buluh. Yasa Muda, 70, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan muka selain telinga terputus. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 pagi sebelum bergegas ke rumah mangsa. "Suspek yang berada di rumah ketika itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan kerana dia bertindak agresif. 


"Mangsa pula dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZII) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

0 Response to "PEMBUNUHAN SADIS, BIADAP!!! ANAK PUKUL MAK SAMPAI MATI, PUTUS TELINGA"

Post a Comment