
Sekiranya anda terlepas,
sebelum ini viral video yang merakamkan aksi-aksi comel kucing terperanjat
ketakutan apabila terlihat timun.
Tapi apakah benar kucing
takutkan timun? Adakah kucing mempunyai sejarah tersendirinya dengan timun
sehinggakan mereka sanggup melompat sehingga sedemikian rupa?

Pakar tingkah laku haiwan, Dr
Roger Mugford ada jawapannya.
![]() |
| Mugford |
Menurut Mogford, bukan sahaja
timun malah apa-apa sahaja; termasuk tembikai atau nenas; jika diletak di
belakang kucing secara senyap-senyap akan menakutkan mereka.
"Bagi
saya, tindak balas sedemikian disebabkan oleh kucing-kucing itu tidak menyangka
mereka akan terserempak dengan satu objek tidak dikenali yang diletakkan secara
rahsia ketika kepala mereka sedang tunduk di tempat makan"
"Kucing
mempunyai perasaan curiga terhadap benda yang tidak mereka kenali : Ia
termasuklah seperti binatang berbahaya seperti ular atau pemangsa lain. Saya
rasa tindak balas yang sama akan diberikan kepada patung labah-labah, ikan
plastik ataupun topeng muka." - kata Mugford.
Jadi, bolehlah anda mencuba
sekali lagi trik ini kepada kucing anda. Bagi mereka makan makanan di dalam
bekas, kemudian secara senyap-senyap, letakkan timun di belakang
mereka.

0 Response to "PENJELASAN PAKAR SAINTIFIK KENAPA KUCING 'TAKUTKAN' TIMUN"
Post a Comment