

KUALA LUMPUR: Selepas insiden membabitkan
gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA
Jun lalu dikecam oleh pengguna media sosial kerana caranya berpakaian, nampaknya
nasib sama berlaku kepada dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Afiq Afify
dan Mohamad Hafiz Mohamed Sufian.
Kedua pelumba negara itu dikritik di laman
sosial Twitter semalam kerana dikatakan cara pamakaian pelumba terbabit tidak
‘menutup aurat’ sehingga menampakkan bahagian lutut.
Gambar penuh tersebut dimuat naik oleh syarikat
pembekal perkhidmatan kad prabayar Tune Talk dilaman Twitter mereka sebagai
menyatakan ucapan tahniah kepada kedua atlet tersebut selepas memenangi pingat
emas pada pertandingan Japan Para Cycling Cup 2015 pada Isnin.
“Tahniah Hafiz Sufian & Muhammad Afiq yg
memenangi pingat emas utk Malaysia di Japan Para Cycling Cup 2015! #MISIM,”
tulis @TuneTalk, semalam.
Bagaimanapun, gambar yang menunjukkan kedua
atlet itu lengkap berpakaian bewarna kuning yang menampakkan bahagian lutut
mengundang kritikan pengguna media sosial yang rata-rata dilihat ‘berdebat’
mengenai isu tersebut.
Pengguna twitter Aidil Johari berkata;
“@TuneTalk @Khairykj @jasonlo1 @KBSMalaysia @ManOlimpik tapi sayang tak tutup
aurat”.
Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar secara sinis dilihat membidas kenyataan pengguna media
sosial tersebut yang mempersoalkan cara pemakaian pelumba negara.
"Mereka menang untuk Malaysia dan tumpuan
diberikan kepada, 3, 2, 1 ...,” tulis Khairy.

Namun, perdebatan membabitkan isu tersebut
tidak terhenti disitu apabila laman Twitter Khairy pula dilihat menjadi sasaran
pengguna media sosial.
“@Khairykj lepas ni KJ boleh buat undang2 baru
biar labuh ke keting sikit tight rider tu. You can make a change tho. A big one
actually,” tulis @IkmalAzmi.
Malah, pengguna media sosial lain dilihat terus
mencelah yang mana sebahagian daripada mereka bersetuju dengan Aidil Johari,
sementara yang lain menegur dan menegaskan bahawa pakaian antara faktor utama
kepada pelumba basikal bagi memastikan mereka lebih aerodinamik.
“@ikmalazmi92 @Khairykj tak aerodynamic bro..,”
tulis @Kylo Ren.
Tidak mahu isu berkenaan berlanjutan, Tune Talk
kemudiannya cuba menghentikan perdebatan tersebut.
"Kami Hanya ucapkan Tahniah, bukan mencari
kekurangan orang. Korang jangan gaduh. #KitaGeng, " balas Tune Talk.
Terdahulu, Farah Ann turut dikecam ekoran
pemakaiannya yang dikatakan menampakkan bentuk faraj. Namun, ia menarik
perhatian ramai pihak yang tampil mempertahankan atlet itu.
0 Response to "Punca Sebenar Pelumba Basikal Malaysia DIKECAM Teruk Walaupun Menang Pingat Emas"
Post a Comment