
Sejak dua tiga hari ini
menjadi kecoh dan buah mulut netizen mengenai isu seorang doktor 'handsome'
iaitu Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say yang dijemput
ke konti bersiaran secara langsung untuk menjawab pertanyaan-pertanya oleh
pendengar sebuah stesen radio tempatan.
Lebih memburukkan
keadaan kisah seorang pemanggil wanita yang dikatakan mahu 'book' doktor hensem
berkenaan untuk menyambut kelahiran anaknya apabila dia bersalin
nanti.
Rata-rata netizen
mengecam tindakan wanita berkenaan dengan pelbagai kata yang admin rasa tidak
patut ditulis di sini.
Dilihat isu ini semakin
menjadi buah mulut ramai, seorang pemuda saudara Hafez Sabri yang merupakan
Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS
Perak telah tampil membuat teguran terbuka kepada stesen radio
berkenaan.
Jom kita ikuti teguran
yang ditulis oleh beliau.
TEGURAN TERBUKA BUAT
RADIO HOT FM
Pagi 2 November lepas
Radio Hot FM melalui AM Krew telah membawakan satu segmen perbincangan terbuka
dari konti ke corong-corong radio segenap pelusuk negara. Segmen pagi kali ini
menampilkan Dr. Shazril Shaharuddin (Pegawai perubatan yg terlibat mengendalikan
bahagian sakit puan).
Namun didapati isu
perbincangan tidak mendatangkan banyak manfaat dan tidak bersifat ilmiah apabila
yang ditekankan di dalam segmen pagi ini adalah sekitar "ketampanan" paras rupa
dan raut wajah si doktor serta respon balas pendengar radio melalui panggilan
telefon yang tersasar dari ajaran Islam.
Justeru, saya sangat
berharap agar HOT fm, DJ yg mengendalikan slot ini dan Dr. berkenaan supaya
mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan ini:
1. Hati-hati dalam
Bicara
Islam ialah ad-deen,
sebagai cara dan panduan hidup perlu dijulang dalam setiap tingkah laku dan amal
kerja seharian terutamanya bagi seorang Muslim. Antara yang dititik-beratkan di
dalam agama ini adalah butir kalimah ketika tutur kata.
Tutur kata melambangkan
peribadi seseorang. Lantas, haruslah dijauhi dari membicarakan perkara-perkara
yang sensitif dan negativ lebih-lebih lagi berkenaan maruah wanita dan Agama
Islam ini.
Isu perbincangan dalam
slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri
ianya bakal mengundang petaka. Bimbang-bimbang yang jahil akan terus merasakan
perbuatannya betul.
Pentingnya menjaga tutur
kata, tidak mengungkapkan hal buruk, menyakiti hati sesama muslim dan manusia,
meringan-ringankan hukum agama kerana bertutur tanpa berfikir kesannya akan
membawa kepada permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat.
Perbincangan yang sudah
terbabas dari landasan ilmiah ini dikhuatiri mendatangkan silap faham terhadap
hukum-hakam berkaitan wanita dan perbidanan.
2. Islam mengangkat
Maruah Wanita
Islam adalah agama yang
sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga
penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan. Cukuplah Surah An-Nisa sebagai
satu bukti Islam memuliakan wanita.
Namun reaksi penyampai
radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun
ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya
sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat
menghalalkan cara kalian.
Saya teringat satu
hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jika engkau tidak malu,
maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”(Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari)
Ada yang sudah pasang
niat mahu Dr. lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar
sana, ramai doktor Muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita
ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu
sangat mulia di sisi Allah?
Ada yang menawarkan diri
sebagai calon isteri nombor dua. Sedangkan mereka sudah bersuami. Na'uzubillah.
Maka tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu nescaya kamu
mulia.
Allah berfirman dalam
Surah An-Nur ayat 31:
Yang Bermaksud :
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
3. Doktor Mukmin
Idaman Ummah
Profession dalam bidang
perubatan adalah profession yang mulia. Allah subhanahu wa taala telah
menjadikan Nabi Isa alaihissalam sebagai seorang yang terkenal dalam
menyembuhkan dan merawat penyakit. Inilah salah satu mukjizat Nabi
Isa.
Umum mengetahui untuk
menjadi seorang doktor seseorang perlu menjalani latihan dan menimba pengetahuan
yang sangat luas, namun tidak cukup sekadar pengetahuan berkaitan perubatan dan
kesihatan sahaja, seorang doktor Mukmin perlu mendalami ilmu agama dalam bidang
perubatan.
Seorang doktor Mukmin
sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka
juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan
segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama
beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam
kehidupan.
Justeru, sepatutnya Dr.
Shazril menceritakan prosedur yang diamalkan secara profesional bagi
pengendalian kes perbidanan ini ketika dilontarkan soalan dan harapan oleh
pendengar melalui panggilan ke konti Hot FM. Hal ini kerana persoalan ini
berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan
mahram adalah haram sama sekali.
4. Seruan kepada Hot
FM
Dalam keadaan masyarakat
hari ini yang amat memerlukan bimbingan untuk kembali kepada asas kehidupan
berteraskan Al-Quran dan sunnah, kewujudan rancangan dan segmen di radio harus
diberi penelitian dari pelbagai aspek agar maklumat yang disebarkan adalah benar
dan tepat serta memberi manfaat kepada pendengar bagi menambahbaik kehidupan
bukan sekadar menjadikan pendengar terawang-awangan dengan gosip dan buah mulut
yang tidak ada kesudahan.
Tuntasnya, diharapkan
Hot FM, AM krew dan semua syarikat penyiaran yang berunsur hiburan semata-mata
dapat menjadikan teguran ini sebagai iktibar dan pengajaran.
“Sesungguhnya telah ada
pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah”. (Al-Ahzab: 21)
Semoga Allah
mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufik dan hiadayahNYA kepada
kita.
Akhukum
fillah
- Siakapkeli.my
0 Response to "Teguran Terbuka Kepada Stesen Radio Isu Dr Sado Kacak Dari Timbalan Pemuda PAS Perak"
Post a Comment