Banyak sebab-sebab
yang membuat seseorang ingin menamatkan hubungan mereka dengan kekasih. Namun
terkadang, perkara ini sukar dilakukan kerana perasaan tidak enak dan pelbagai
alasan lain.
Tapi kini tidak lagi perlu bimbang. Sebuah syarikat online
kini menawarkan perkhidmatan untuk membantu menamatkan hubungan yang tidak
diingini. Kita pun boleh memilih pelbagai kaedah untuk mengakhiri hubungan
tersebut.


Mulai dari sekadar e-mel
atau mesej teks untuk mengatakan putus hingga pakej lengkap. Harganya pun
berbeza-beza. Untuk e-mel atau mesej teks harganya ialah 10 USD , sebuah surat
20 USD , sebuah telefon 29 USD dan pakej lengkap mulai dari 80 USD
(.
Jika anda merasa tidak tega dengan bekas kekasih, pakej lengkap boleh
menjadi penyelesaian yang terbaik. Sebabnya, di dalam pakej ini mengandungi
pelbagai hadiah yang membantu bekas melupakan anda bergantung dari selera
mereka.

Mulai dari cookies, kad
hadiah, salinan filem romantis seperti "The Notebook" atau video game seperti
Call of Duty, tergantung selera mereka. Bahkan, kita juga boleh menghantar 2
gelas wain dan surat simpati denagn tulisan tangan.
Syarikat ini
merupakan hasil idea dari sepasang saudara dari Kanada bernama MacKenzie dan
Evan yang berfikir jika Tinder boleh membantu mendapatkan kekasih, harus ada
perkhidmatan yang boleh membantu untuk berpisah. Mereka juga mendapat inspirasi
daripada pengalaman peribadi di mana salah satu dari mereka diputuskan begitu
saja oleh kekasihnya.
"Biarkan kami menangani perpisahan anda sehingga
anda mempunyai banyak masa melakukan perkara yang lebih baik," tulis website
mereka. "Semua produk kami direka untuk memberikan ketenangan fikiran ketika
mengakhiri hubungan, meminimumkan ketidakselesaan dan memaksimumkan potensi
persahabatan jangka panjang." Jom saksikan video berikut
ini:
0 Response to "The Breakup Shop, Penyelesaian Bagi Yang Ingin Mengakhiri Hubungan"
Post a Comment