![]() |
| Gambar Hiasan |
BESUT
– Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di
hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk
mereka dilihat suami wanita itu sendiri.
Dalam
kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja
sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu
cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk
kampung.
Difahamkan,
dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa
kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di
dalam rumah sewa wanita itu.
Mangsa
dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada
Pejabat Agama Daerah.
Sebelum
itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar
suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di
kawasan Jertih.
Apabila
pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang
ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.
Difahamkan
sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan
menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk
mengetahui apa yang berlaku.
Apabila
tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya
sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama
seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.
Si
suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan
berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.
Suami
wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah
pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan
pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi
ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di
Kampung Guntung, Setiu.
Menurut
sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks
dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.
Lelaki
itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang
kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin
hubungan dengan suri rumah itu.
Dikatakan
juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon
menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra
dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.
Lelaki
yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital
Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa
pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.
Pemangku
Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan
menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.
Menurutnya,
pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk proses
penceraian.

0 Response to "Tindakan GILA Gadis Ini Ketika Suami Keluar Main Futsal Telah Menyebabkan Beliau DICERAIKAN"
Post a Comment