RAKAMAN video aksi seorang lelaki dipercayai bapa
kepada seorang murid di sebuah sekolah ‘menyerang’ seorang guru wanita kerana
mendakwa anaknya ‘dilempang’ menjadi sensasi menerusi media sosial.
Kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan
Sungai Buloh, Hutan Melintang, Perak apabila lelaki tersebut dilihat menyerbu
sekolah terbabit, sebelum menyerang guru itu dalam satu majlis.
Menerusi video tersebut, pada mulanya lelaki
berkenaan cuba ditenangkan oleh seorang pengawal keselamatan wanita di sekolah
itu, namun tidak diendahkan olehnya.
Dia terus memanggil nama seorang guru dengan
berkata “Cikgu Hamizah mana? Kenapa suka-suka cikgu nak lempang dia
kenapa?,” jerit kuat bapa kepada murid terbabit.
Bagaimanapun, guru tersebut yang dikenali sebagai
Hamizah Hamid, 35 tahun; dilihat tenang dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
telah melempang anak lelaki tersebut.
Suasana bertambah kecoh apabila bapa murid itu
turut mendakwa anaknya terpaksa dibawa ke klinik bagi rawatan dan sebagai
menunjukkan bukti, dia mengeluarkan ‘surat pengesahan’ doktor yang menyatakan
anaknya cedera akibat dilempang.
Namun, detik cemas itu bertukar kegembiraan apabila
aksi menyerang guru itu hanyalah lakonan atau ‘prank’ semata-mata bagi
tujuan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Hamidah yang memenangi sebuah beg tangan
berjenama mewah, Louis Vuitton yang dikatakan bernilai RM3,700.
Video tersebut diterbitkan oleh Sinar Studios
Production bagi segmen ‘Redah Kasi Hadiah’ dan dimuat naik menerusi laman
YouTube SinarTV pada 16 November lalu.
0 Response to "VIDEO LELAKI 'SERANG' GURU WANITA GARA-GARA MELEMPANG ANAKNYA"
Post a Comment