
Kami tidak pasti
Zizan Razak mahu bergurau atau membuat lucu ala-ala menyertai pertandingan
lawak, namun apa yang diperkatakan olehnya di dalam rancangan MeleTOP baru-baru
ini menimbulkan kemarahan segelintir penonton.

Zizak dikatakan
telah mengeluarkan kenyataan berbunyi – wanita bertudung tak boleh berfikiran
terbuka – dan perkara tersebut seterusnya mendapat kritikan di laman sosial dan
juga forum. Ada yang menyifatkan Zizan tidak sepatutnya bergurau dengan melampau
sedemikian kerana mampu menjejaskan kembali imejnya.

Bagaimanapun, bagi
pencinta sejati selebriti ini, mereka beranggapan perkara tersebut sebagai
sesuatu yang tidak disengajakan selain menyokong apa yang diperkatakan oleh
Zizan malah seakan mengetahui bahawa Zizan akan kembali memohon maaf kepada
Neelofa selaku pengacara selepas tamat rancangan tersebut.
Bagi pihak Zizan,
adakah perkara ini disengajakan atau mungkin apa yang dimaksudkan Zizan adalah
sesuatu yang berbeza daripada apa yang keluar dari mulut? Apa pun, jangan fikir
negatif pesan penyokong selebriti ini. (SUMBER ASAL ROTIKAYA)
0 Response to "Zizan Razak Dakwa Wanita Bertudung Tidak Berkembang Fikiran?"
Post a Comment