Gambar aib Uqasha tersebar, 'biar Allah yg hukum' kata Iqram Dinzly
Pelakon
Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut
menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.
Iqram enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu
yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung percutian itu bertanggungjawab
terhadap perkara berkenaan.
Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar
percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama. Sahih atau tidak sahih, biarlah
Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik
mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain. Saya bukan malaikat
mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan
diduga.
Iqram juga berharap perkara tersebut tidak terus
diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.
“Saya
juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi
orang, apa orang nak katakan.
Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai
hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana
prihatin.”
Apa-apa pun diharapkan agar yang lain tidak terus menghukum
mereka berdua. Yela, mana ada manusia yang tak pernah buat salahkan? Kepada
Iqram dan Uqasha pula diharapkan supaya belajar dari kesilapan ye.
- See
more at:
http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/biarlah-allah-hukum-iqram-komen-foto-uqasha-buka-tudung-berpakaian-seksi/#sthash.q0bGzDlj.dpuf
0 Response to "Gambar aib Uqasha tersebar, 'biar Allah yg hukum' kata Iqram Dinzly"
Post a Comment