
Tulisan ini dikongsikan
oleh En Faizul Zulkifli yang dimuatnaik melalui laman Facebooknya menceritakan
masalah kereta Iriz yang baru dibelinya. Baca lagi:
Seronoknya masa dapat
kereta baru.
Tiga hari lepas genaplah 6
bulan kereta yang hebat ini aku miliki.
Setelah diambil dari
Proton Mutiara Damansara, tak sampai 6 jam kereta dah rosak dan terpaksa ditarik
ke Centre of Excellence Proton.
Bermulalah episod Irizku
keluar masuk Centre of Excellence.
"Aku sorang saja ada
masalah gear sangkut ya? Nah, aku cilok dari Iriz owner forum. 35 kali percubaan
untuk lock and unlock gear yang tersangkut tu 'exaggerate'?
Isteri kata memang
exaggerate, actually 34 kali!
'Teknikal specialist' yang
ajar on off button sampai berjaya tu pun dah tak angkat talipon lagi dah,
pegawai khidmat pelanggan yang berjanji akan sediakan sebuah lagi kereta
'relief' minggu lepas sudah tak mengotakan janjinya.
Berurusan dengan dia macam
deal dengan Dana Scully X File, setahu aku sampai ke season 2 dia tak percaya
kat Fox Mulder tentang kewujudan Alien, samalah dengan pegawai ni, gear aku tak
sangkut, second gear mana ada susah nak engage, radio, reverse sensor mana ada
rosak, boot belakang mana ada water leakage, senang cakap, customer yang
bermasalah!
Bp dah naik 180, cuti
emergency dah sambung dari tahun lepas hingga ke tahun ini.
Bau stokin busuk dah
keluar dari aircond vent, staf yang cakap kat aku, "hang nak bawak kereta ni
kena buat macam jaga baby" tu kemudiannya sambung balik, "nak bawak kereta ni
hang kena kasaq sikit jangan hati-hati sangat" - Mana entah Proton cari orang
macam ni. Habih lagi jahanam kereta aku depa gerudi.
La ni steering position
kalu cheq nak bawak dah herot!"
Status terakhir, minggu
lepas aku mendapat panggilan dari pegawai khidmat pelanggan (yang keempat
ditugaskan untuk kes aku hingga kini) memulakan perbualan dengan bertanyakan
keadaan kereta aku.
Sungguh prihatin nada
beliau, sehinggakan apabila diberitahu paparan alarm sudah terpampang ketika
memainkan lagu melalui cd beliau kedengaran terkejut. Hebat! 20 minit kita
bercakap.
Tiba-tiba beliau bertanya, "En Faizul tahu tak artikel En Faizul sudah masuk ke pihak media - Motorme.my?"
Tiba-tiba beliau bertanya, "En Faizul tahu tak artikel En Faizul sudah masuk ke pihak media - Motorme.my?"
"Apa yang En Faizul harap
dapat dengan masukkan kes ini dalam media?"
Ah! Sudah! Habislah aku.
Aku lupa, ini Malaysia, pelanggan jangan nak pandai-pandai 'highlight' benda
'kecil' kepada pihak media. Kalau rosak repair sajalah!
Dia tak tahu apa yang aku
terpaksa harungi lebih 10 tahun lepas ketika memiliki Savvy, bermacam-macam
karenah pekerja dan vendor terpaksa aku harungi.
Aku ni pun 'ikan kecil'
saja, apakan pula sepupu ipar aku, seorang doktor yang disegani - ditengking
oleh pekerja Proton.
Yang terbaik, bila dibuat
laporan, jawapan yang diberikan adalah jawapan klasik Proton yang sudah kita
semua tahu - "Dia memang macam tu perangai dia."
Sayang betul dengan nasib
Proton ini, model baru menunjukkan peningkatan, tapi khidmat selepas jualan
masih di takuk lama.
...............
...............

0 Response to ""HABIH LAGI JAHANAM KERETA AKU DEPA GERUDI" - PEMILIK PROTON IRIZ"
Post a Comment