
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki
berusia 3 Tahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk
membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat
adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke
bilik saya.
Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin
setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya
yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri,
akan ke tempat kerja jam 10 pagi.
Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada
setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.
Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju
tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal
nafsu.
Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik
ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa
banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering
melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya bimbang perlakuan
kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia
mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di
rumah.
Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila
isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini
membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk
memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri
yang menyayangi saya sepenuh jiwa.
Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini
kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan,
termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa
membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya
buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah
ini.
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan
Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi
tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus
nafsu.
Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam
al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang
berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.”
[Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan
sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara
nafsu.
Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara
berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara.
Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal
sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan
tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan
saudara lelaki.
Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada
Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara
sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah
setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan
segala panggilan dan SMS daripada adik ipar.
Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan
dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu
bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus
terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit
kerana rasa bersalah.
Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik
ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak
baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara.
Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum
terlewat.
0 Response to "PANAS!! KISAH SUAMI CURANG BERSAMA ADIK IPAR SELAMA 2 TAHUN"
Post a Comment