SPRM akan semak semula keputusan peguam negara bebaskan Najib

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Menurut agensi anti rasuah itu, pengurusan tertinggi SPRM bertemu hari ini dan membuat keputusan membentangkan keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).
PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.
Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.
PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.
Pada satu sidang media semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan.
Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.
“Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.
“Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut,” kata Apandi.
Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Related Posts :

0 Response to "SPRM akan semak semula keputusan peguam negara bebaskan Najib"

Post a Comment