
HANEZ Suraya mengakui
dirinya rindu untuk kembali ke bidang lakonan tetapi sebagai ibu dan isteri dia
perlu memilih watak yang akan dilakonkan malah Romie juga meletakkan syarat
kepadanya isterinya itu.
“Keizinan saya untuk
benarkan dia (Hanez) berlakon bersertakan dengan syarat. Skrip dan watak yang
diterima perlulah sesuai dengan status Hanez sekarang yang sudah berkeluarga.
Dulu dia seorang isteri, kini dia sudah jadi ibu”
“Saya tidak ada masalah
untuk dia berlakon semula dan saya benarkan jika penuhi syarat tersebut,” jelas
Romie kepada portal Mangga Online baru-baru ini.
Romie juga menjelaskan
bahawa dia tidak kisah jika anaknya nanti bakal menjadi
popular.
“Saya bukanlah artis,
tetapi Hanez pula seorang selebriti. Jadi terpulanglah kepada cara dia untuk
memperkenalkan anak kami kepada khalayak. Saya okay sahaja kalau anak menjadi
popular,” katanya.
0 Response to "SUAMI LETAK SYARAT JIKA HANEZ SURAYA JIKA INGIN BERLAKON"
Post a Comment