ALBANIA
- Pembaca berita sebuah stesen TV sengaja memakai pakaian yang mencolok mata
sehingga menampakkan lurah payudara mereka untuk meningkatkan rating stesen TV
tersebut.
Dengan
memakai pakaian blazer wanita dan terdedah lurah payudara sambil membaca isi
berita penting di Zjarr TV itu, jumlah penontonnya semakin hari semakin
meningkat semenjak tahun lalu, kata pemilik stesen, Ismet Drishti.
"Di
Albania, penyiaran berita banyak dikuasai oleh kuasa politik. Jadi, penonton
memerlukan medium untuk menyampaikan berita seperti ini dengan 'telanjang. Namun
kami tidak menjual 'seks'" katanya.
Penyampai
berita, Greta Hoxhaj, 24, berkata, kaedah 'baru' ini telah memberikan publisiti
dan populariti yang mudah kepadanya sehingga ramai penonton yang menyedari
kewujudannya dalam bidang itu.
"Saya
bekerja keras selama 5 tahun di stesen TV tempatan di mana saya wujud tanpa
disedari. Dengan cara baru seperti ini, saya tidak menyesal. Malah, saya menjadi
bintang dalam tempoh tiga bulan," katanya.
Setelah
dirinya popular dari perkara itu, Hoxhaj menerima tawaran menjadi penyampai
berita di sebuah stesen TV di Australia dengan bayaran 3,000 euros ($3280)
seminggu.
"Saya
masih belum membuat keputusan, saya masih memikirkan tawaran itu,"
katanya.
Bagaimanapun
reaksi di media sosial mengkritik tindakan pembaca berita berbuat
demikian.
"Teruknya
sampai kena bertelanjang demi menaikkan rating stesen TV. Lebih teruk lagi
tayangkan lurah payu dara di kaca televisyen," kata netizen.
Meskipun
begitu, Hoxhaj menyatakan bahawa dia tidak terkesan dengan kritikan netizen dan
menganggap kritikan mereka itu tidak membantunya.
"Saya
mempunyai keberanian untuk melakukannya dan ia telah menjadikan saya seorang
bintang," katanya.
0 Response to ""DENGAN CARA BEGINI, SAYA MENJADI BINTANG", PEMBACA BERITA TAYANG LURAH DEMI NAIKKAN RATING STESEN TV"
Post a Comment