Maut rempuh trak ketika 'syok' lakukan seks dalam kereta sedang bergerak



SEORANG lelaki maut, manakala teman wanitanya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dipercayai akibat ‘syok’ melakukan seks dalam kereta yang sedang bergerak sebelum melanggar sebuah trak dalam kejadian di lebuhraya Pilibhit-Puranpur, India.

Dalam kejadian pada 24 Februari lalu, mangsa,31, yang dalam perjalanan untuk menghantar teman wanitanya di sebuah kampung di wilayah itu maut ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan serius, sementara teman wanitanya hanya patah kaki.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku ketika mangsa dan pasangannya dikatakan tidak dapat menahan nafsu bertindak melakukan seks dalam kereta yang sedang bergerak, sebelum kereta yang dipandu mangsa merempuh sebuah trak yang datang dari arah bertentangan.

“Kemungkinan pasangan itu sedang mengadakan hubungan seks semasa kereta bergerak dan mangsa, samada tidak melihat lori yang datang dari arah bertentangan atau mungkin tidak boleh memandu.

“Mangsa maut akibat kecederaan serius,” kata pegawai polis, Gajraula Rajesh kepada Times of India.

Katanya ketika pihak polis tiba ditempat kejadian, pasangan tersebut ditemui dalam keadaan separuh bogel dari bahagian pinggang ke bawah.

Susulan itu, wanita terbabit yang berusia 24 tahun dibawa ke hospital berhampiran dan difahamkan kini semakin pulih.


0 Response to "Maut rempuh trak ketika 'syok' lakukan seks dalam kereta sedang bergerak"

Post a Comment