Penyerang kebangsaan Argentina, Lionel
Messi, bukan sahaja menghantar satu, malah menyerahkan dua helai jersi
miliknya kepada seorang kanak-kanak Afghanistan berusia lima tahun yang menjadi
tumpuan selepas gambarnya memakai jersi yang diperbuat daripada beg plastik
bertulisan 'Messi' menjadi viral di Internet bulan lalu.
Kanak-kanak tersebut, Murtaza Ahmadi
bersama keluarganya yang berasal dari utara wilayah Ghazni menerima hadiah itu
yang disampaikan menerusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
(UNICEF).
Messi merupakan duta kepada pertubuhan tersebut.
"Murtaza tidak berhenti tersenyum sambil berulang kali menyebut 'saya cintakan Messi," kata jurucakap UNICEF Afghanistan, Denise Shepherd-Johnson.
Bintang Barcelona itu menandatangani jersi terbabit sambil menulis 'Dengan penuh rasa cinta' dalam bahasa Sepanyol sambil melukis gambar bola sepak di atas jersi terbabit.
Keluarga Murtaza yang hidup dalam kemiskinan sememangnya tidak mampu untuk membeli jersi Messi.
Malah keluarga tersebut juga merupakan dalam kalangan etnik minoriti Hazara yang tinggal di Ghazni berdekatan Kabul.

Abang Murtaza, Homayoun, 15, 'mencipta' jersi
Messi menggunakan daya kreativitinya dengan menulis nama Messi di atas beg
plastik berjalur biru dan putih dengan pen penanda berwarna hitam dan
kemudiannya dimuat naik di dalam laman Facebook pada 11 Januari
lalu.
Gambar terbabit menjadi viral dan menyentuh hati semua pencinta bola sepak antarabangsa dan mereka menggelarkan Murtaza sebagai 'Messi Kecil' di laman sosial.
Persekutuan Bola Sepak Afghanistan menyatakan bahawa Messi sudah menghubungi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Murtaza secepat mungkin.
Kedutaan Sepanyol di Kabul turut memberitahu bahawa mereka akan cuba sedaya upaya bagi memastikan pertemuan ini dapat diadakan.
Bagaimanapun, sumber terdekat Messi memaklumkan bahawa mereka belum lagi dapat memastikan atau menafikan pertemuan terbabit boleh diadakan.
Isu keselamatan amat dititikberatkan ke atas pertemuan yang bakal diadakan di Afghanistan.
Bola sepak dan kriket adalah sukan popular di negara perang terbabit.
Namun aktiviti sukan jarang sekali diadakan di bawah pemerintahan Taliban dengan stadium bola sepak di Kabul sering kali digunakan sebagai tempat untuk menjalani hukuman terhadap penjenayah.-mstar

0 Response to "'Messi Kecil' Akhirnya Sarung Jersi Sebenar Messi"
Post a Comment