Pengasuh Taska Cuai Penyebab Bayi 17 Bulan Melecur Teruk


SEORANG bayi berusia 17 bulan mengalami kecederaan melecur agak teruk, didakwa disebabkan kecuaian pengasuh di sebuah taska. 

Perkara ini diceritakan bapa kanak-kanak terbabit, Azri Zakaria menerusi laman Facebooknya. 

Menurut Azri, anaknya melecur di sebahagian muka dan badan akibat kecuaian pengasuh di sebuah taska yang terletak di AU5, Lembah Keramat. 

Apa yang lebih dikesalkan si bapa adalah pihak taska terbabit tidak mengambil tindakan awal menghantar anaknya ke hospital atau pun klinik berdekatan sebaik insiden itu berlaku. 

Sebaliknya, dia dan isteri yang bergegas ke taska dan menghantar anak mereka untuk mendapat rawatan sebaik dimaklumkan pihak taska terbabit. 

Malah sepanjang kanak-kanak itu dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, tidak ada seorang pun pengasuh dan kakitangan taska yang datang melawat anaknya, ujar Azri sebaliknya mereka pula yang diminta datang ke sana. 

Susulan itu, Azri ingin menuntut keadilan yang setimpal terhadap apa telah berlaku terhadap anaknya. 

Menurut Azri, tindakan yang bakal diambilnya sebagai pengajaran kepada taska terbabit agar tidak lagi mengulangi insiden seperti itu di masa hadapan. 



0 Response to "Pengasuh Taska Cuai Penyebab Bayi 17 Bulan Melecur Teruk"

Post a Comment