YOGYAKARTA – Pihak berkuasa tempatan Indonesia
di daerah Kotagede di sini memutuskan menutup Sekolah Islam Al-Falah yang
dikhususkan untuk pelajar pondan
Ia juga mengharamkan sekolah berkenaan
menganjurkan sebarang kegiatan keagamaan atas alasan menjaga ketenteraman awam
selepas didesak beberapa pertubuhan Islam.
Keputusan dibuat selepas
pertemuan antara wakil Al-Falah, pegawai keselamatan, pihak berkuasa tempatan,
Barisan Jihad Islam (FPI) cawangan Yogyakarta dan penduduk
tempatan.
“Kami memutuskan menutup sekolah Islam yang mengajar pelajar
pondan atas alasan keselamatan dan isu keselesaan awam,” kata ketua daerah kecil
Banguntapan, Jati Bayu Broto, semalam.
Menurutnya, setiap pihak diberi
peluang menyuarakan pendapat dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri ketua
Al-Falah, Shinta Ratri dan ketua FPI Yogyakarta, Umar Said.
Selepas
bermesyuarat dan berdialog, para peserta mengambil keputusan untuk menutup
sekolah berkenaan kerana sekolah itu dibina di kawasan yang sesak
penduduk.
“Mereka menuduh sekolah itu mengadakan pelbagai aktiviti,
termasuk minum arak dan karaoke. Sekolah itu mengambil keputusan menghentikan
operasinya atas nasihat keluarga Shinta, bukan kerana desakan FJI,” kata peguam
Shanti, Aditia Arief Firmanto. – Agensi/myMetro Online
0 Response to "Sekolah Agama Untuk Pondan Ditutup"
Post a Comment