‘TRANSFORMER’ Muslimah, patuh
undang-undang syariah kini sudah mendarat di Malaysia dan Singapura.
Bagaimanapun, transformer yang dimaksudkan itu
bukan diperbuat daripada besi mahupun mempunyai sebarang kuasa eletronik, tetapi
ianya sejenis pakaian yang diperbuat daripada kain.’
Afdlin Shauki yang merupakan pemilik perniagaan ‘Pelikat Pants‘ telah melancarkan produk Muslimahnya yang pertama, ‘tudung transformer‘ pada 18 Februari lalu.
Menurut Afdlin, tudung itu adalah ilham daripada ibunya yang juga merupakan lambang kepada kekuatan dirinya.
“Saya mahu mencipta tudung yang mudah beliau pakai di luar dan ketika solat tanpa perlu banyak membawa beg telekung dan sebagainya.
“Memandangkan beliau dulu terkena angin ahmar jadi pergerakan beliau agak terhad, jadi saya harap ia dapat membantu dan mempermudahkan beliau sedikit,” jelas Afdlin.
Tudung transformer ini malah
boleh dijadikan seperti ‘shawl‘ dan ia juga memenuhi tuntutan
syariah.
Mengikut keperluan untuk menunaikan solat, ia boleh diubah terus menjadi telekung tanpa menggunakan sebarang pin.-mynewshub
Afdlin Shauki yang merupakan pemilik perniagaan ‘Pelikat Pants‘ telah melancarkan produk Muslimahnya yang pertama, ‘tudung transformer‘ pada 18 Februari lalu.
Menurut Afdlin, tudung itu adalah ilham daripada ibunya yang juga merupakan lambang kepada kekuatan dirinya.
“Saya mahu mencipta tudung yang mudah beliau pakai di luar dan ketika solat tanpa perlu banyak membawa beg telekung dan sebagainya.
“Memandangkan beliau dulu terkena angin ahmar jadi pergerakan beliau agak terhad, jadi saya harap ia dapat membantu dan mempermudahkan beliau sedikit,” jelas Afdlin.
Mengikut keperluan untuk menunaikan solat, ia boleh diubah terus menjadi telekung tanpa menggunakan sebarang pin.-mynewshub
0 Response to "Video: Transformer Muslimah Kini Mendarat Di Malaysia"
Post a Comment