SEATTLE – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) tergigit mutiara yang jarang didapati ketika menikmati tiram dan makanan laut lain di sebuah restoran masakan Itali di Issaquah, Washington.
KOMO-TV melaporkan,
Lindsay Hasz dan suaminya, Chris sedang makan di Montalcino Ristorante Italiano,
di Issaquah baru-baru ini apabila tergigit sesuatu yang keras ketika menikmati
hidangan utama.
Hasz berkata, beliau tidak
pasti apa yang digigitnya tetapi bertindak menyimpan ia di dalam poket dan balik
ke rumah untuk mengkaji benda itu.
Beliau membawa benda itu
kepada pakar permata yang kemudian mengesahkan ia adalah sejenis mutiara ungu
Quahong yang bernilai kira-kira AS$600 (RM2,526).
Pegawai Makmal Geologikal
Barat Laut AS, Ted Irwin, berkata penemuan itu jarang berlaku dengan cuma satu
kes dalam beberapa juta permata bermutu.
Pemilik restoran tersebut,
Cindy Nardone, berkata beliau gembira bagi pihak pelanggannya. Hasz berkata,
beliau mungkin menjadikan permata itu sebagai rantai leher. – AP
0 Response to "Wanita Tergigit Mutiara 'RARE' Ketika Nikmati Tiram"
Post a Comment