Kentut sering dikaitkan
dengan bau busuk dan keadaan yang tidak menyenangkan, namun kajian terbaharu
mendapati ia dapat membantu merawat penyakit kanser.
Penyelidikan yang
dijalankan di Universiti Exeter, London, England itu mendapati, gas hidrogen
sulfida yang terdapat didalam bau kentut dan telur busukboleh mencegah kerosakan
mitokondria pada sel.
Kajian yang diterbitkan
dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications itu, mendapati gas tersebut
berupaya mengatur fungsi pembuluh darah dan neurotransmisi dalam otak dengan
lebih baik selain mencegah pembentukan sel barah.
Salah seorang penyelidik,
Dr. Mark Wood berkata, bau kentut bagaimanapun berbahaya jika digunakan secara
berlebihan dan mencadangkan agar ia diambil dalam kuantiti yang
dibenarkan.
"Kami sedang membuat
replika dalam bentuk sebatian baharu daripada gas ini untuk mendapatkan mamfaat
daripada kebaikannya. " Sebatian yang digelar AP39 ini menggunakan kuantiti yang
sedikit untuk membaiki kerosakan dalam mitodonkria sel. Ia mungkin menjadi kunci
kepada terapi kesihatan pada masa hadapan," ujanrnya.
0 Response to "KAJIAN DAPATI BAU KENTUT BOLEH MERAWAT KANSER, BIAR BETUL? INI PENJELASANNYA"
Post a Comment