Tidak ramai manusia yang berhati mulia yang sanggup berkorban menyelamatkan haiwan dari longkang yang busuk. Itulah yang dilakukan oleh Mawi.
Pemuda ini difahamkan
bernama Hismawi atau lebih dikenali sebagai Mawi.
Kejadian dikatakan berlaku
pada pagi tadi. Dia dan dua orang rakannya sedang menjalankan tugas di Area
Tunoh (Hungab, Penampang Sabah).
Sewaktu di lokasi
kejadian, mereka terdengar bunyi kucing dan mendapati kucing tersebut telah
terjatuh ke dalam parit besar.
Mawi bersungguh untuk
menyelamatkan kucing tersebut, sanggup meminjam tangga dari kawasan rumah
berhampiran.
Dengan memakai pakaian
kerja, dia sanggup turun ke dalam parit tanpa memikirkan risiko terjatuh dan
pakaian kotor.
Selepas kucing dibawa
naik, pemuda ini memberi makan kepada kucing tersebut. Makanan yang diberi
kepada kucing adalah bekal yang dibawa dari rumah sebagai makanan tengah hari
ketika waktu rehat bekerja.
Pengorbanan dan
kesungguahn mawi untuk menyelamatkan kucing ini sangat membuatkan hati saya
terharu dan terbuka hati untuk viralkan gambar-gambar yang saya peroleh daripada
group Whatsapp.
Semoga pertolongan ikhlas
Mawi ini mendapat balasan yang setimpal dari Maha Esa.
0 Response to "MULIANYA HATI MAWI, SANGGUP SELAMATKAN KUCING DI LONGKANG BUSUK"
Post a Comment