HARI ini usianya genap 22 tahun, namun dalam
usia semuda itu, bintang pop terkenal, Justin Bieber, dianggarkan punya nilai
AS$200 juta (RM838 juta).
Menurut laporan Celebrity Net Worth, pendapatan
Bieber dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) hingga AS$80 juta
(RM335 juta).
Perolehan daripada jualan empat albumnya
mencecah AS$16 juta (RM67 juta), AS$98 juta (RM410 juta) daripada tiga siri
konsert jelajah, AS$6 juta (RM25 juta) bayaran sebagai duta dan jurucakap
beberapa produk, dan AS$98 juta (RM410 juta) hasil kutipan filem Never Say
Never.
Berasal dari Ontario, Kanada, Bieber dibesarkan
oleh ibunya yang (ketika itu) merupakan ibu tunggal, dalam sebuah keluarga yang
berpendapatan rendah. Bakat Bieber dikesan pada usia 13 tahun oleh rakan kongsi
bintang R&B, Usher, iaitu Scooter Braun.
Selain menyanyi, Bieber juga seorang komposer
dan berkebolehan bermain beberapa alat muzik seperti drum, piano, gitar dan
trompet.
0 Response to "Nama Justin Bieber Bernilai RM800 Juta"
Post a Comment