DENGAN peningkatan kes rogol dan serangan seksual
di seluruh dunia setiap tahun, insiden yang berlaku di sebuah sekolah menengah
di Guangxi, China membabitkan seorang guru cuba merogol seorang pelajar
perempuan pada Isnin lalu membuktikan bahawa kes jenayah ini perlu dipandang
serius.
Memetik laporan portal berita The Sun, seorang
pelajar perempuan berdepan detik hitam apabila guru terbabit yang dalam keadaan
berbogel bertindak menyerang mangsa di kawasan sekolah pada waktu
rehat.
Menerusi foto yang dikongsi di laman sosial negara
itu, mangsa yang dikenali sebagai Huo, 30, dilihat berbogel sebelum bertindak
memeluk mangsa.
Insiden serangan tersebut nyata mengejutkan
beberapa pelajar yang berada di tempat kejadian, sebelum mangsa berjaya
diselamatkan guru sekolah tersebut.
Menurut laporan portal tersebut lagi, suspek
dikatakan mengalami gangguan mental sejak 2011, namun Huo didapati sembuh
selepas dua tahun menjalani rawatan dan dibenarkan untuk kembali
bertugas.
Pihak sekolah bagaimanapun mengarahkan Huo bertugas
di makmal sekolah dan tidak dibenarkan mengajar.
"Suspek didapati telah mengalami gangguan mental
sejak 2011, tetapi doktor memaklumkan penyakitnya boleh sembuh dalam tempoh dua
tahun.
“Berikutan insiden itu, mangsa dibawa berjumpa
pakar psikiatri, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,”
jurucakap polis dipetik sebagai berkata.
0 Response to "Rupanya Ini Sebab Sebenar Guru Ini Nekad Rogol Anak Muridnya !"
Post a Comment