Tweet penyanyi Yuna
mengenai penggunaan bahasa Inggeris yang ditulis menggunakan loghat Perak
mendapat perhatian Permaisuri Johor, Tuanku Zarith Sofiah Idris.
Baginda bersetuju dengan Yuna
bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk membolehkan kita berkongsi pandangan,
idea dan pendapat dengan orang lain yang faham bahasa itu.
“I agree with Yuna : we
write or speak in English because we want to share our thoughts, ideas and
opinions with a lot more people who may be reading what we’ve …written,” tulis
Tuanku Zarith Sofia.
Malah baginda turut
menulis dalam loghat Perak seperti mana yang dilakukan Yuna.
“Betoi tu, Yuna. Kite
cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap
Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah
zaman global,” tulis baginda.
Tuanku Zarith Sofia
membuat komen itu bagi menyokong kenyataan Yuna bahawa dia menggunakan bahasa
Inggeris supaya satu dunia faham lirik lagu yang dinyanyikan.
“ate speaking le bior deme
1dunia paham. Takkan nak bagi orang Melayu aje paham. Kamu ni kedekut bebenor,”
tweet Yuna pada 11 Mac lalu.
Tweet Yuna itu bagi
membalas komen seorang pemilik Twitter menggunakan nama @encikkhuzairi yang
menulis ‘hai @yunamusic awak ni asyik speaking aje, cer cakap Melayu skit’,
lapor FMT
0 Response to ""SAYA SETUJU DENGAN YUNA", TWEET YUNA DAPAT PERHATIAN PERMAISURI JOHOR"
Post a Comment