SINGAPURA: Robert
Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes
Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai US$10
bilion.
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih
mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset
individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan
ini.
Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh
menerusi www.forbes.com/malaysia selain menrusi terbitan terkini Forbes Asia di
pasaran.
Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki
tempat kedua dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.
Senarai individu terkaya di Malaysia yang
disenaraikan Majalah Forbes bagi tahun 2015
Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya,
susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum
telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang
tinggi.
Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut
menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada
Januari.
Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun
aset bersihnya menyuncup kepada US$300 juta berbanding US$5.3 bilion sebelum
ini.
Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya,
mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.
Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan
nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun
yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.
Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan
perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan
pendapatan berkaitan industri terbabit.
Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai
tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.
Tahun lepas aset bersih beliau bernilai US$1.55
bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang
tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann
keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.
Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah
terlambat.
Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus
kepada US$725 juta.
Hanya enam daripada 50 individu terkaya
meningkat tahun ini.
Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset
bersih berbilion dolar semakin merosot.
Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar
namun tahun ini hanya 12 individu.
Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset US$900
juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki
Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.
Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary,
dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas
sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.
Enam individu yang terkeluar daripada senarai
tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura
Ashley Holdings.
Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat
ke tempat ke-11 dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baharu
'billionaire', meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.
Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk
Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di
tempat ke-40 dengan US$255 juta.
Berikut senarai 10 individu paling kaya di
Malaysia :
1) Robert Kuok USS$10 bilion
2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion
3) Quek
Leng Chan US$5.3 bilion
4) Teh Hong Piow US$4.65 bilion
5) Lee Shin Cheng US$4.6
bilion
6) Lim Kok Thay US$4.55 bilion
7) Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion
8) Lau
Cho Kun US$1.55 bilion
9) Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion
10) Surin
Upatkoon US$1.15 bilion.
Sumber: AstroAwani
0 Response to "Siapakah Individu Terkaya Di Malaysia Dalam Senarai Forbes 2016?"
Post a Comment