MAS Belum Sahkan Laporan Media Vietnam Tentang Pesawat Terhempas


Media Vietnam melaporkan tentera laut negara itu mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan.

Akhbar Tuoi Tre memetik Laksamana Ngo Van Phat sebagai berkata, kapal terbang yang membawa 227 penumpang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu Quoc.




Penerbangan MAS setakat ini belum mengesahkan laporan media Vietnam itu tetapi berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara. - AP

Related Posts :

0 Response to "MAS Belum Sahkan Laporan Media Vietnam Tentang Pesawat Terhempas"

Post a Comment