Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil dalam statusnya menggambarkan MAS seolah tidak 'lekang' dengan kontroversi, selepas isu 'nasi lemak telanjang' yang mengundang kritikan orang ramai, baru-baru ini.
Status tersebut menggambarkan artis yang pernah popular dengan drama bersiri Sembilu Kasih tidak sensitif di kala nasib kesemua 239 penumpang pesawat tersebut masih tidak diketahui.
Awal pagi tadi, penerbangan pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dengan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
![]() |
Zed Zaidi |
Laporan awal media menyebut pesawat tersebut berkemungkinan terhempas di perairan Vietnam.
Dilaporkan, terdapat 38 penumpang rakyat Malaysia di dalam pesawat tersebut.
Sehingga kini, usaha mengesan pesawat masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa Vietnam.
0 Response to "Pesawat Hilang - Bekas Presiden Seniman, Tak Sensitif Kutuk MAS Habis-Habisan"
Post a Comment