4 FOTO LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG DIBAWAH KELOLAAN MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD DILANDA BANJIR KILAT.






Hujan telah turun dengan lebatnya pagi ini di Pulau Pinang, menyebabkan limpahan air memenuhi kedua-dua lorong di Lantai Bawah, Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas., hingga menyukarkan untuk menurunkan para penumpang.

Lagi menyedihkan apabila limpahan air turut memasuki ruangan dalam bangunan lapangan terbang berkenaan.

Malaysia Airports Holdings Berhad, syarikat yang diberikan amanah dan tanggung jawab mengurus, mengendali, baik pulih, kawal selia semua Lapangan Terbang di negara ini mesti tanpa sebarang alasan mengambil tindakan proaktif untuk mengatasi masalah ini kerana ianya mendatangkan imej yang buruk kepada pelancong luar kerana LTAPP ianya merupakan pintu masuk utama pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang.

Dahlah negara kita kini imejnya amat buruk diluar negara gara-gara pengendalian yang melucukan sampai dijadikan bahan kutukan dan gurau senda oleh pihak luar dan dalam negeri mengenai tragedi MH370, jangalah ditambahkan keburukkan tersebut.

Related Posts :

0 Response to "4 FOTO LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG DIBAWAH KELOLAAN MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD DILANDA BANJIR KILAT."

Post a Comment