Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata hanya mualaf yang mengamalkan ciri-ciri Melayu seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan wajar menikmati keistimewaan orang Melayu.
Beliau berkata ciri-ciri berkenaan ialah menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.
Mohd Noor yang juga Penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan menjelaskan perkara itu terkandung dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.
"Mereka inilah (yang mengamalkan ciri-ciri Melayu) yang sepatutnya menikmati hak-hak istimewa orang Melayu dan bukan mualaf secara keseluruhannya," kata beliau di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau menjelaskan anggota-anggota Darus Sa'adah adalah mualaf yang menepati Perkara 160 (2) Perlembagaan dan mereka layak menerima keistimewaan itu.
Mohd Moor berkata mereka sepatutnya layak diberi peluang membeli tanah rizab Melayu, melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi berdasarkan kuota bumiputera.
Amalkan ciri-ciri Melayu itu bagaimana?????
Adakah makan dengan tangan duduk bersila atas tikar mengkuang pakai kain pelekat????
Bila bersalam dua tangan dan tarik kedada???? .. Majlis perkahwinan diadakan acara renjis merenjis kepada kedua mempelai atas pelamin????
Macam mana nak disahkan mualaf itu benar-benar mengamalkan budaya Melayu .. Siapa yang boleh sahkan??? .. Adakah perlu bawa klip video setiap kali nak beli ASB, beli tanah rizab Melayu dan kouta ke IPTA/S?
Atau paling tidak diadakan ujian khas dan sijil lulus dikeluarkan????
Bukan mau bersifat rasis .. tetapi Omak Kau merasakan ada yang tidak kena dengan syor dan saranan yang dikemukkaan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang kontroversi ini.
Ini sebagai tiket bagaimana bukan Melayu masuk Islam bukan kerana agama tetapi kerana nak dapatkan hak sebagai Bumiputera Istimewa .. Ini lebih teruk dari cara Ali Baba.
Setahu Omak Kau .. bukan Melayu memeluk Islam atas kepercayaan benarnya Islam bukan berniat mau merebut peluang yang diberikan dalam perlembagaan kepada kaum Melayu dan Bumiputera.
Bukan Melayu tidak merungut pun hak keistimewaan yang diberikan kepada rakyat Melayu/Bumiputera seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan negara .. apa yang mereka maukan ialah semangat dan roh Perlembagaan itu benar-benar dilaksanakan seperti Keadilan dan tidak berlaku diskriminasi.
Tidak perlu memberikan cadangan yang karut marut mengundang malu semata-mata kerana menjadi penaung persatuan.
0 Response to "YANG DIKATAKAN MUALAF MENGAMALKAN BUDAYA ADAT MELAYU ITU APA DIA?????? .... MAKAN DENGAN TANGAN DUDUK BERSILA????"
Post a Comment