Ariel Noah (ex-Peterpan) bakal kahwini Sophia Mueller ?


Vokalis Noah iaitu Ariel yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran tersebarnya video seksnya bersama beberapa selebriti wanita Indonesia dilaporkan sedang intim dengan pelakon jelita, Sophia Mueller.



 Ariel Noah (ex-Peterpan) bakal kahwini Sophia Mueller?, gossip, hiburan, artis indonesia,



Keintiman mereka semakin hangat diperkatakan apabila foto-foto mereka sewaktu berada di Bali tersebar dengan begitu pantasnya di alam maya.



Malah, apa yang lebih menarik lagi, Sophia Mueller juga sudah mengakui bahawa dia kini sudah pun memeluk agama Islam. Tidak dapat dipastikan sama ada keputusan tersebut dilakukan kerana Ariel atau pun kerana dirinya sendiri.






Namun, ianya sudah pun menjadi petanda kuat bahawa ada kemungkinan hubungan Sophia dan Ariel yang juga bekas anggota Peterpan itu akan berakhir ke jinjang pelamin.


Sumber : newmalaysianpost.com

0 Response to "Ariel Noah (ex-Peterpan) bakal kahwini Sophia Mueller ?"

Post a Comment