KENYATAAN YANG BUAT PARA PEMIMPIN DAN MACAI UMNO AMAT KECEWA .... PAS AKAN TERUS BERSAMA PAKATAN RAKYAT KETIKA SUSAH DAN SENANG KATA TIMBALAN PRESIDEN PAS MAT SABU.



Pas akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat selain menjelaskan kepada rakan-rakan pembangkang lain mengenai hukum hudud dalam mesyuarat 29 April ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke supaya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat adalah terlalu awal untuk diperkatakan.

Katanya, Pas akan bersama-sama berjuang dengan Pakatan Rakyat pada masa depan tidak kira ketika senang atau sukar.

Tambahnya, Pas akan memperjuangkan hukum hudud secara demokrasi.

"Kita menghormati bantahan daripada DAP, DAP juga menghormati perjuangan Pas.

"Semua sasaran harus dicapai melalui saluran demokrasi dan Perlembagaan," katanya kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, Mat Sabu berkata, Pas sebelum ini pernah bekerjasama dengan UMNO dan kini bersikap terbuka untuk berbincang dengan parti itu mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Namun Mat Sabu juga mengibaratkan UMNO sebagai penipu di mana Pas tidak akan mudah terjerat ke dalam perangkapnya.
 

Related Posts :

0 Response to "KENYATAAN YANG BUAT PARA PEMIMPIN DAN MACAI UMNO AMAT KECEWA .... PAS AKAN TERUS BERSAMA PAKATAN RAKYAT KETIKA SUSAH DAN SENANG KATA TIMBALAN PRESIDEN PAS MAT SABU."

Post a Comment