KERANA TRAGEDI FERI KARAM PERDANA MENTERI KOREA SELATAN LETAK JAWATAN ... TRAGEDI MH370 HILANG .. PERDANA MENTERI MALAYSIA BILA LAGI NAK IKUT JEJAK LANGKAH?????





SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won sebentar tadi menguumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.

Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.

“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragegi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.

“Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya.

Related Posts :

0 Response to "KERANA TRAGEDI FERI KARAM PERDANA MENTERI KOREA SELATAN LETAK JAWATAN ... TRAGEDI MH370 HILANG .. PERDANA MENTERI MALAYSIA BILA LAGI NAK IKUT JEJAK LANGKAH?????"

Post a Comment