Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL)
terkejut apabila terserempak seorang pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala
Lumpur baru melahirkan bayi perempuan di dalam tandas di hospital
berkenaan.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi kelmarin, pelatih
berusia awal 20-an itu dipercayai cuba merahsiakan kehamilan dialami sebelum
melahirkan bayi itu di dalam tandas berhampiran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala
Lumpur.
Gambar hiasan semata |
Sumber polis berkata, pelatih terbabit kemudian
diberikan bantuan kecemasan sebelum diselamatkan bersama bayinya oleh kakitangan
hospital.Menurutnya, pelatih wanita
itu dan bayinya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di zon merah
Jabatan Kecemasan HKL. – TerengganuToday
0 Response to "Pelatih Polis Rahsia Kehamilan Beranak Dalam Tandas HKL !"
Post a Comment