Penyanyi Terkejut Dicium Peluk Peminat Malaysia Ketika Di Pentas !

cium
Penyanyi Terkejut Dicium Peluk Peminat Malaysia Ketika Di Pentas !

Ketika dijemput untuk menonton konsert Live to Love yang menampilkan penyanyi dari seberang, Afgan baru-baru ini, reaksi peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan tersebut sungguh luar biasa.

Tatkala melihat sosok tubuh penyanyi itu muncul di atas pentas, sorakan dan pekikan peminat khususnya golongan wanita mula memecah sunyi Panggung Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.
Kegilaan mereka terhadap tuan empunya nama, Afgan Syah Reza, 25, semakin memuncak apabila penyanyi yang berasal dari Jakarta, Indonesia itu menjemput beberapa orang peminat untuk menyanyi dan menari bersamanya di atas pentas.
Lebih mengejutkan, Afgan rela dipeluk, malah dicium pada bahagian pipi oleh peminat-peminatnya usai menyanyi bersama.
Sewaktu ditanya mengenai tindakan mesra para peminatnya itu pada sidang akhbar yang diadakan selepas tamatnya persembahan tersebut, reaksi Afgan kedengaran cukup positif.
Ujarnya, dia yang buat julung-julung kalinya mengadakan konsert di Malaysia mahu berkongsi rasa bahagia dan gembira bersama peminat-peminatnya di sini.
“Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menghiburkan peminat saya. Pada masa yang sama, saya mahu kongsikan rasa senang ketika sama-sama menyanyi dan menari dengan mereka.
“Lagipun, sepanjang bergelar penyanyi, mereka merupakan individu yang banyak memberikan sokongan dan dorongan dalam apa jua acara yang saya sertai.
“Tambahan, saya sering menganggap mereka sebagai kawan atau teman rapat,” kata Afgan sambil menyifatkan reaksi seperti itu hanyalah perkara biasa baginya.
Selain kehadiran Afgan merebut tumpuan radar adrenalin para peminatnya, ruang pentas Istana Budaya turut menjadi saksi kepada kelincahan penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu mengemudi perjalanan konsert.
Ternyata tidak puas dengan hanya satu hari persembahan, Afgan memberitahu, dia begitu terkejut dengan sambutan yang diterima daripada peminat-peminatnya di Malaysia.
“Sejujurnya, saya tidak puas dengan persembahan pada malam ini. Tempoh satu malam yang diberikan seperti tidak mencukupi kerana semangat untuk menghiburkan para penonton cukup tinggi.
“Saya berharap akan diberi peluang sekali lagi untuk mengadakan persembahan di sini pada masa akan datang. Mungkin pada waktu itu saya akan menyuntik beberapa kelainan seperti memasukkan elemen orkestra,” ujarnya sambil ketawa.

0 Response to "Penyanyi Terkejut Dicium Peluk Peminat Malaysia Ketika Di Pentas !"

Post a Comment