Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas tertimbus dua meter dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, pada 10.30 pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kasim, 43, dikatakan berada dalam tandas manakala sebelas rakannya yang lain berada di dalam gudang berkenaan.
Beliau berkata, runtuhan itu berlaku berikutan kerja-kerja pembinaan kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang berkenaan.
Katanya, tiga jentera diarahkan ke lokasi kejadian membabitkan 21 anggota dan pegawai selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.42 pagi.
0 Response to "7 Gambar Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Sungai Buloh"
Post a Comment