Bayaran RM3 Penumpang Di KLIA2, AirAsia KambingHitamkan MAHB ?..

Bayaran RM3 #KLIA2, AirAsia KambingHitamkan MAHB?.. Ramai pengguna syarikat penerbangan Tambang Murah AirAsia tertanya-tanya apakah caj RM 3 untuk KLIA2 yang dikenakan oleh Air Asia kepada para pembeli tiket mereka mulai 9 Mei 2014.


Bayaran RM3 #KLIA2, AirAsia KambingHitamkan MAHB ?..


Ini kerana caj yang sama tidak terdapat dalam tiket-tiket syarikat penerbangan tambang murah lain seperti Tiger Air, Malindo Air. Sila lihat gambar di bawah.







Hanya AirAsia kenakan caj RM3 dan mengkambingkan MAHB dengan memberi nama ‘klia2 fees'
Hanya AirAsia kenakan caj RM3 dan mengkambingkan MAHB dengan memberi nama ‘klia2 fees'
Menjawab pertanyaan TV3 hari ini, CEO Air Asia, Aireen Omar, menyatakan beliau tidak pasti namun kemungkinan besar merupakan caj daripada Malayasia Airport Berhad (MAHB).






Namun petang tadi MAHB mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mengenakan apa-apa caj berjumlah RM 3 dan mahukan AirAsia jawab isu yuran tambahan RM3 kepada setiap penumpangnya itu.

Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB hari ini memaklumkan pihaknya menerima banyak pertanyaan berkaitan bayaran RM3 yang dikenakan terhadap penumpang syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia.

Namun pihak MAHB mahu syarikat AirAsia sendiri untuk mengulas tentang caj berkenaan.

“Kami telah bangkitkan isu ini kepada pihak AirAsia untuk menjawab tentang caj RM3 kerana pihak lapangan terbang tidak mengenakan ‘caj RM3',” kata MAHB dalam satu kenyataan.



Ini menimbulkan tanda tanya apakah Air Asia mengenakan caj RM 3 tetapi menggunakan terma “KLIA2 Fees” sebagai usaha mengkambinghitamkan MAHB?















sumber

0 Response to "Bayaran RM3 Penumpang Di KLIA2, AirAsia KambingHitamkan MAHB ?.."

Post a Comment