Kecoh bila pengarah wanita popular minta pelakon lelaki tunjuk alat sulit? - Nampak macam senang je kerana bukan kena bayar pun tetapi apabila diteliti balik permintaan itu memang tidak masuk akal.
Dalam banyak-banyak syarat yang dikenakan oleh pengarah tersebut kepada bakat baru yang menghadiri uji bakat dengannya, dia membuat satu permintaan pelik!
![]() |
gambar sekadar hiasan |
Apabila mereka tanya kenapa dia hendak tengok, pengarah itu hanya buat muka selamba.
Pengarah ini sudah kemaruk sangat agaknya. Pengarah ini bukan calang-calang orangnya sebab kalau SS sebut namanya, seantero Malaya tahu siapa wanita tersebut.
Namun, biasalah kalau ada yang bertanya kepada pengarah ini mesti dia menafikannya dan jika ada dalam kalangan bakat baru yang pecah tembelang dengan syarat yang dikenakannya, SS yakin sangat pengarah itu akan tuduh bakat baru itu yang berangan nak jadi pelakon terkenal dan apabila tidak diambil berlakon mereka buat cerita untuk menjatuhkan maruahnya.
Kalau korang nak tahu, industri hiburan ni penuh dengan penafian walaupun perbuatan mereka sudah terang di depan mata tetapi mereka tetap menafikan dengan pelbagai alasan.
Ada yang bermati-matian menafikan walaupun sudah mabuk sampai jatuh tunggang langgang depan orang ramai.
Apabila terus diasak, mereka akan kata itu pelanduk dua serupa berwajah mirip mereka.
Berapa puluh orang agaknya yang sama dengan muka mereka kerana di setiap lokasi ada saja pelanduk dua serupa?
Berbalik kepada cerita pengarah ini tadi, SS harap tiada yang tunjuk alat sulit kepadanya semata-mata nak jadi pelakon popular.
Sekali anda ‘tunjuk’ bermakna selamanya maruah anda tercalar dan menjadi ‘barang permainan’ pengarah psiko.
Banyak lagi caralain untuk jadi pelakon, jangan ambil jalan mudah kerana kesenangan yang datang itu tidak berkekalan selamanya dan kalau anda seorang Islam, hilang segala keberkatan daripada Tuhan. Tak gitu? - Soseh Soseh @Harian Metro
0 Response to "Kecoh Pengarah Wanita Popular Minta Pelakon Lelaki Tunjuk Alat Sulit?"
Post a Comment